Friday, September 19, 2014

PEMBUDAYAAN VLE DI SEKOLAH : PERTANDINGAN PORTAL KELAS TERBAIK

Bagaimana untuk membudayakan VLE secara berterusan di sekolah ? Sebagai admin, seharusnya kita mempunyai idea-idea bernas untuk terus membudayakan VLE di sekolah. Jika kemudahan ini sudah ada diberikan secara percuma, alangkah ruginya kita sebagai guru dan anak-anak didik kita tidak menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi.

SMK BBST meneruskan langkah dalam pembudayaan VLE di sekolah dengan mengadakan Pertandingan Portal Kelas Kemerdekaan Terbaik bagi tahun 2014. Setiap kelas perlu menghantar 3 wakil untuk mengemaskini portal kelas masing-masing. 

BINA TEMPLATE KOSONG 

Sebagai admin, sediakan template site kosong untuk setiap tingkatan di sekolah anda. Kemudian buat satu lagi site untuk meletakkan semua site kelas dalam site yang dinamakan PORTAL KELAS. Kemudian pilih 3 wakil dari setiap kelas yang ditugaskan untuk mengedit kelas-kelas mereka. Wakil-wakil kelas tersebut mesti diberi kebenaran "Edit and Manage" untuk mengemaskini portal kelas mereka. Kemudian kongsikan setiap site kelas sebagai Public > Can Contribute supaya pengguna VLE boleh membuat undian.

UNDIAN MENGGUNAKAN APLIKASI POLL

Kemudian, admin perlu membina satu sistem undian menggunakan aplikasi POLL yang sudah ada dalam VLE Frog. Kemudian masukkan POLL yang telah dibina ke dalam site kelas-kelas tersebut.



RANKING MENERUSI APLIKASI POLL

Apabila pengguna membuat undian, senarai peratusan jumlah undi akan dipaparkan. Ranking bagi kelas yang mendahului juga akan dipaparkan. 


IMPORT DATA MENGGUNAKAN DATA VIEWER

Admin kemudiannya boleh mengimport data POLL menerusi Data Viewer yang terdapat dalam site kelas tersebut. Rekod dalam Data Viewer ini boleh dicetak untuk simpanan.





1 comment: