Wednesday, January 21, 2015

PENDAFTARAN KOKURIKULUM ONLINE SMARTCO 2015 MELALUI PLATFORM 1BESTARINET VLE FROG

Pendaftaran Kokurikulum bagi semua unit di SMK Bandar Baru Salak Tinggi pada tahun 2015 adalah melalui PORTAL PENDAFTARAN KOKURIKULUM SmartCo melalui platform 1Bestarinet VLE Frog SMK BBST.

Pendaftaran ini hanya dibuka kepada pelajar-pelajar tingkatan 2, 3 4 dan 5 sahaja. 

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk memebuat pendaftaran.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAFTAR KOKURIKULUM MELALUI PORTAL PENDAFTARAN KOKURIKULUM SmartCo

1. Klik logo Frog VLE pada menu bahagian kanan blog ini.


2. Sila masukkan Yes ID (Frog ID) dan Password


3. Klik ke Dashboard Sekolah. Anda akan melihat pautan PORTAL PENDAFTARAN KOKURIKULUM SmartCo. Klik pautan tersebut.


4. Laman PORTAL PENDAFTARAN KOKURIKULUM SMARTCO akan dipaparkan. Sila pilih kategori pendaftaran anda. Sila pastikan anda memilih kategori yang betul.


5. Terdapat 4 pendaftaran yang perlu dilengkapkan iaitu UNIT BERUNIFORM, PERSATUAN, PERMAINAN DAN RUMAH SUKAN. Anda perlu melengkapkan keempat-empat pendaftaran tersebut.


6. Sebagai contoh, jika anda memilih menu UNIT UNIFORM, senarai unit beruniform akan dipaparkan seperti di bawah. Sila pilih unit uniform yang ingin didaftar.


7. Sila isikan maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut. Kemudian tekan SUBMIT.

8. Satu paparan akan terpapar membuktikan bahawa anda telah mendaftar.
9. Ulang langkah yang sama untuk mendaftar PERSATUAN, PERMAINAN dan RUMAH SUKAN

PENTING
  • Setiap unit persatuan dan permainan mempunyai HAD LIMITASI PENDAFTARAN (KUOTA).
  • Sekiranya pendaftaran sesuatu unit itu telah mencapai kuota yang ditetapkan, borang pendaftaran akan DITUTUP SECARA AUTOMATIK. Pelajar seterusnya tidak boleh mendaftar lagi bagi unit tersebut.
  • Seorang pelajar hanya boleh mendaftar SEKALI sahaja untuk unit yang dipilih. Anda tidak dibenarkan untuk mendaftar bagi pihak rakan anda.