Tuesday, July 8, 2014

BAGAIMANA MENCIPTA KUMPULAN EMEL (EMAIL GROUP)

Setiap akaun 1Bestarinet Yes ID telah disertakan sekali dengan emel. Emel tersebut akan auto log in jika pengguna log masuk ke akaun VLE Frog. Apakah yang anda boleh lakukan dengan emel tersebut?

Anda boleh mencipta kumpulan emel atau email group untuk memberi kemudahan kepada anda supaya dapat menghantar emel dengan cepat tanpa menaip setiap satu alamat emel seseorang.

Bagaimana mencipta kumpulan emel ? Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Langkah 1
  • Log in akaun VLE anda
  • Klik Quick Launch
  • Klik Email
Langkah 2
  • Klik Mail
  • Klik Contacts

Langkah 3
  • Klik New Group


Langkah 4
  • Taipkan nama kumpulan yang ingin dicipta pada bahagian "Please enter a new group name"


Langkah 5
  • Kumpulan yang telah dicipta akan dipaparkan pada bahagian kiri emel pada senarai My Contacts.
  • Klik pada kumpulan emel tersebut


Langkah 6
  • Klik simbol Add to "My Contacts" 
  • Kemudian taipkan emel yang dikehendaki
  • Tekan Add
  • Ulang langkah yang sama jika ingin menambah emel
  • Anda juga boleh Copy senarai emel yang dikehendaki dan Paste pada ruangan tersebut.



Langkah 7

  •  Senarai emel yang telah ditambah akan dipaparkan seperti di bawah.

Langkah 8
  • Jika anda ingin menghantar emel (Compose) kepada kumpulan tersebut, anda hanya perlu menaip nama kumpulan emel yang telah dicipta sahaja.