Thursday, April 24, 2014

REKOD PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM SMK BBST MELALUI VLE FROG

Unit ICT telah membina satu laman khas untuk merekod segala pencapaian dan penyertaan setiap unit kokurikulum di SMK BBST. Tujuan laman ini diadakan adalah untuk memudahkan semua guru penasihat untuk mengumpul segala maklumat berkaitan dengan penyertaan dan pencapaian unit yang dipertanggungjawabkan. Segala rekod ini kemudiannya akan dikongsikan kepada Setiausaha Kokurikulum untuk memudahkan pendokumentasian. Sehubungan dengan itu, semua guru penasihat setiap unit perlu mengisi borang tersebut setiap kali setelah selesai sesuatu kejohanan atau pertandingan. Semua maklumat akan dijana secara automatik dalam fail lembaran kerja (Google Spreadsheet).

Bagaimana untuk mengisi maklumat ?
  • Log in VLE
  • School Dashboard
  • Portal
  • Portal Guru
  • e-Bilik Guru
  • Pautan
  • Rekod Pencapaian Unit Kokurikulum
  • Pilih unit yang berkaitan



Monday, April 21, 2014

PERTANDINGAN DOODLE 4 GOOGLE


Sekiranya anda sangat kreatif dalam lukisan, anda boleh menyertai Pertandingan Doodle 4 Google yang dianjurkan oleh pihak Google. 

Ini merupakan pertandingan yang julung kali diadakan di Malaysia. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah untuk menunjukkan bakat dan kreativiti dalam menghasilkan rekabentuk doodle yang unik.

Tema pada tahun ini adalah "Malaysia to me is........"

Pertandingan ini terbuka kepada 4 kategori pelajar yang berumur antara :
  •  7- 9 tahun
  • 10-12 tahun
  • 13-15 tahun
  • 16-17 tahun
Sila layari laman web berikut untuk menyertai pertandingan ini:



~Serlah Kreativiti Anda~

PENCALONAN FROG TEACHER AWARDS 2014

Untuk menghargai jasa guru-guru, pihak FrogAsia telah mengadakan Frog Teacher Awards 2014 sempena sambutan Hari Guru 2014.

Oleh itu, Jawatankuasa 1BestariNet VLE SMK BBST telah merancang untuk mengadakan Pertandingan Frog Teacher Awards 2014 peringkat sekolah. 

Guru-guru akan dicalonkan mengikut kategori. Undian akan dilaksanakan menggunakan aplikasi Poll dalam laman khas (site) SMKBBST Frog Teacher Awards yang akan dipaparkan di School Dashbaord bermula 1 Mei 2014- 10 Mei 2014.

Antara kategori yang dicalonkan:

  • Most Outstanding Frog Teacher
  • Best Use of Frog for Co-Curricular Activities
  • Most Innovative Use of Frog
  • Most Inspiring Teacher
  • Best Use of the Chromebook for Teaching and Learning with Frog
  • Best Use of Google Apps for Education in Teaching and Learning with Frog




Kemudian calon guru terbaik akan dicalonkan ke Frog Teacher Awards 2014 yang dianjurkan oleh FrogAsia yang akan bermula pada 16 Mei 2014.

Kepada semua guru SMK BBST, jangan lepaskan peluang ini. Serlahkan kehebatan dalam bidang pendidikan yang ada dalam diri anda.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web FrogAsia


FROG TEACHER AWARDS 2014 ~ #TEACHERSELFIE

Hari Guru akan tiba lagi pada 16 Mei 2014. Ini merupakan peluang bagi warga SMKBBST untuk bergambar dengan guru-guru kesayangan anda. Gambar terbaik akan menerima hadiah daripada pihak FrogAsia.

Bagaimana cara untuk menyertai The Best Teacher's Day Selfie

  • Ambil gambar persendirian bersama guru kesayangan anda
  • Kemudian post gambar tersebut sama ada melalui akaun Facebook, Twitter atau Instagram dengan hashtag #teacherselfie
  • Beri penerangan pada gambar tersebut tentang mengapa guru itu menjadi kesayangan anda.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web FrogAsia



(Sumber: FrogAsia)

Sunday, April 20, 2014

INGIN MENANG HADIAH LAGI, SERTAI PERTANDINGAN YES TO RIO MELALUI AKAUN VLE FROG ANDA

Adakah anda peminat setia bola sepak?

FrogAsia akan memberikan peluang kepada pengguna 1BestariNet yang berumur di bawah 18 tahun untuk memenangi hadiah premium FrogAsia yang hebat, termasuk Adidas Brazuca Football apabila anda mula mengambil bahagian dalam pertandinganYesToRio yang bermula hari ini.

Pertandingan YesToRio ini telah berlangsung dari sekarang sehingga 31 Mei 2014, bermula dengan permainan "The Big Match Game", dan diikuti dengan permainan "G-G-G- Goal!". Sebagai pengguna 1BestariNet, anda akan menerima 10% bonus kepada skor anda untuk setiap pusingan permainan.

Bagaimana untuk bermula?







Untuk maklumat yang lebih lanjut sila :

  • Log in VLE Frog anda
  • Quick Launch 
  • The Pond
Semoga berjaya.



Wednesday, April 9, 2014

LAWATAN PENANDA ARAS VLE OLEH 3 BUAH SEKOLAH

Pada 19 Februari 2014, SMK BBST telah menerima kunjungan dari tiga buah sekolah iaitu SMK Engku Husain, SMK Jalan Bukit dan SMA Jeram untuk melihat Pelaksanaan dan pembudayaan VLE Frog di sekolah. 

Rombongan adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada pentadbir, admin vle dan guru-guru dari ketiga-tiga sekolah tersebut. 

Pembentangan pembudayaan VLE telah disampaikan oleh admin vle SMK BBST sebagai gambaran keseluruhan pelaksanaan dan pembudayaan VLE yang telah dilaksanakan di SMK BBST.

Kemudian, rombongan telah dibawa untuk melihat sendiri bagaimana VLE digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Lawatan Penanda Aras i-Think dalam VLE by Slidely Slideshow

Tuesday, April 8, 2014

TOP 20 VLE USER IN MALAYSIA- APRIL 2014

Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK BBST di atas kejayaan mengekalkan kedudukan dalam ranking 20 Sekolah Terbaik Penggunaan VLE di Malaysia. Ini merupakan hasil usaha warga SMK BBST khasnya para guru dan pelajar yang terus membudayakan VLE di sekolah. Guru-guru telah sehabis baik untuk menghasilkan laman pembelajaran berkualiti untuk digunakan oleh para pelajar SMK BBST.  

Pelajar-pelajar kelas ICTL juga telah menggunakan sepenuhnya VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 

Semoga semua bahan yang telah disediakan oleh guru dapat digunakan dengan sebaiknya oleh pengguna VLE SMK BBST. 


Thursday, April 3, 2014

CARA MUDAH UNTUK LOG IN DAN AKTIFKAN AKAUN VLE FROG ANDA

Sebagai pengguna VLE Frog, guru, pelajar dan  ibu bapa perlu untuk mengaktifkan (Activate) akaun VLE masing-masing buat pertama kali. Berikut adalah langkah-langkah bagaimana untuk log in dan aktifkan akaun VLE Frog.

Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi untuk mengingat alamat URL VLE Frog sekolah.



  • Klik Hop In

  • Masukkan Yes ID dan Password anda
  • Klik Log In

  • Jika anda masih belum aktifkan (ACTIVATED) akaun VLE anda, satu paparan Activated akan dipaparkan. 
  • Masukkan semula Yes ID dan Password VLE anda.
  • Klik Continue
  • Skrin untuk menukar Password akan dipaparkan. 
  • Anda tidak perlu menukar password asal. Klik pada NO.
  • Klik Continue
  • Sila isikan maklumat yang diperlukan.
  • Sila tandakan pada ruangan Verify (bahagian bawah sekali)
  • Klik Activate
  • Setelah akaun diaktifkan, klik Hop In
  • Anda akan mendapat paparan seperti berikut

  • Pada bahagian Main Services, klik Pada Frog VLE. 
  • Anda akan terus dibawa ke Personal Dashboard anda.








Wednesday, April 2, 2014

PENGGUNA AKTIF VLE BULAN JANUARI

Untuk membudayakan VLE di sekolah, pihak Jawatankuasa 1BestariNet VLE SMK BBST telah mengadakan pertandingan untuk memilih pengguna VLE paling aktif bagi setiap bulan. Mereka yang telah terpilih telah diberikan sijil pencapaian.

Berikut adalah senarai pengguna VLE paling aktif bagi bulan JANUARI 2014.

TOP 15 PENGGUNA VLE AKTIF KATEGORI GURU
  • Pn Siti Khairani Alias
  • Pn Salwa Hanim Md Akhir
  • Pn Hamizah Yeop Yahya
  • Pn Evawanialisza Mohamed
  • En Mohd Khir Kassim
  • Pn Fauziah Hashim
  • Pn Rosiah Ismail
  • Pn Siti Musitah Soefjan Joenos
  • Pn Azean Azlinda Abdul Samad
  • Pn Norazizah Azmi
  • Pn Rosni Ibrahim
  • Pn Noorlida Hassan
  • Pn Suzaini Mat Yusoff
  • Pn Ungku Normah Ungku Long
TOP 10 PENGGUNA VLE AKTIF KATEGORI PELAJAR
  • Nur Farhanum Abdul Aziz
  • Muhammad Muizzuddin Hasbullah
  • Afiq Syazani Mohamad Aris
  • Nik Muhammad Aiman Nik Naharudin
  • Auji Kamaruddin
  • Mohamad Faris Redza Mohd Faezal
  • Siti Fatimah Azzahra Mohd Hamzah Murugayah
  • Sinthu Jeeva 
  • Anwar Fahmi Rosman
  • Naavin a/l Kanthan
Tahniah diucapkan di atas semangat anda semua untuk membudayakan VLE. Semoga penganugerahan ini menjadi titik semangat kepada warga SMK BBST untuk terus menggunakan dan membudayakan VLE di sekolah.

FROG TEACHER CHAMPION & FROG STUDENT CHAMPION 2014

Jawatankuasa 1BestariNet VLE Frog bagi sesi 2014 telah dilantik yang terdiri daripada Frog Teacher Champion dan Frog Student Champion sesi pagi dan petang.

Frog Teacher Champion yang telah dilantik bertanggungjawab untuk menjadi mentor kepada guru-guru SMK BBST dalam membudayakan VLE di sekolah. 

Manakala Frog Student Champion yang telah dilantik bertanggungjawab untuk menjadi mentor kepada para pelajar SMK BBST dalam penggunaan VLE di sekolah.

Berikut adalah jawatankuasa 1BestariNet yang telah dilantik untuk tahun 2014.

Frog Teacher Champion Sesi Pagi

  • Pn Marziean bt Mohd Shapian - VLE Admin 1
  • Pn Salwa Hanim bt Md Akhir - VLE Admin 2
  • Tn Hj Azam bin Daud
  • Pn Siti Khairani binti Alias
  • Pn Hamizah bt Yeop Yahya
  • Pn Siti Musitah bt Soefjan Joenos
  • Pn Azean Azlinda bt Abdul Samad
  • Pn Rosiah bt Ismail
  • Pn Norazizah binti Azmi
  • Pn Nurul Asyida bt Mohd Subbri
Frog Teacher Champion Sesi Petang
  • Pn Nor Azzyati bt Che Aladdin
  • Pn Hanim bt Tahar
  • Pn Chuah Gaik Suan
  • Pn Anny Azlina bt Ahmad
Frog Student Champion Sesi Pagi
  • Muhammad Ammar Omran
  • Nur Farhanum Abd Aziz
  • Nik Danial Fikri Nik Mohd Azlan
  • Marriya Madhat Zarudin
  • Farihah Jasmeen Mustaffa Kamal
  • Muhammad Khairul Zikri Ahmad
  • Nur Arina Zafirah Norzamri
  • Muhammad Danial Haiqal Rajman
  • Baiduri Mohamed Rosli
Frog Student Champion Sesi Petang
  • Muhammad Adib Adauddin Muhammad Khafid
  • Haziq Danial Ruslam
  • Muhammad Azizul Azeem Mohd Ketar
  • Muhammad Syafiq Mohd Amirul
  • Muhammad Jasrul Hisham Ismail
  • Durrani Amri
  • Anwar Fahmi Rosman
  • Ainun Zakiah Musa
  • Sinthu Jeeva a/p Jeva
  • Nur Aqilah Mohd Azizi

Tuesday, April 1, 2014

UNIT ICT SMK BBST

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebagai langkah untuk membudayakan ICT di kalangan warga SMK BBST, Unit ICT telah mengambil langkah untuk mewujudkan satu blog khas berkaitan dengan ICT bagi memberikan makluman berkaitan dengan info ICT terkini selain dari blog rasmi sekolah.

Semoga dengan adanya blog khas ini, warga SMK BBST dapat mengetahui maklumat terkini berkaitan dengan sebarang aktiviti ICT yang telah dijalankan di sekolah.