Sunday, June 29, 2014

BAHAN PENTAKSIRAN PT3 MELALUI PLATFORM VLE

Semua guru, pelajar dan ibu bapa Tingkatan 3 SMK BBST boleh mendapatkan maklumat terperinci berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 yang telah dimuatnaik dalam Portal Peperiksaan melalui platform VLE SMK BBST. 

Langkah untuk mendapatkan maklumat/bahan PT3:

1. Log in VLE anda
2. Klik School Dashboard
3. Klik Portal
4. Klik Portal Peperiksaan
5. Klik PT3


Kepada ibu bapa yang masih lagi tidak memperolehi 1Bestarinet Yes ID anda untuk melayari Frog VLE SMK BBST, anda boleh klik URL di bawah ini untuk mengetahui langkah-langkah mendapatkan ID bagi ibu bapa.


PENGGUNA AKTIF VLE SMK BBST- JUN 2014

PENGGUNA AKTIF VLE FROG 
SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI
 JUN 2014

KATEGORI GURU


KATEGORI MURID

Tahniah kepada guru dan murid yang berjaya menggunakan dan membudayakan VLE dalam PdP. 

Wednesday, June 18, 2014

BAHAN SEJARAH TINGKATAN 5 DALAM FROGSTORE

Guru-guru Cemerlang Sejarah Zon Tengah telah menghadiri kursus pembinaan laman Sejarah bagi semua topik Tingkatan 5 menggunakan VLE Frog. Laman-laman tersebut telah dimuatnaik ke Moe Repository dan telah sedia ada dalam Frogstore. Oleh yang demikian, guru-guru Sejarah boleh muat turun laman-laman tersebut dari Frogstore sebagai bahan PdP. Guru-guru boleh menggunakan terus laman-laman tersebut dan juga boleh mengedit laman itu sekiranya perlu. 

Bagaimana Muat Turun Laman Pembelajaran Melalui Frogstore

Langkah 1
  • Log In akaun VLE anda
  • Klik Quick Launch
  • Klik Frogstore
  • Klik tab Sites




Langkah 2
  • Taipkan perkataan Sejarah pada ruangan Search 
  • Tekan Enter
  • Laman-laman berkaitan topik Sejarah dipaparkan.
  • Pilih mana-mana laman yang dikehendaki.
  • Klik Add



Langkah 3
  • Satu pop up window akan dipaparkan yang memaklumkan bahawa laman tersebut akan dimasukkan dalam My Library
  • Klik Ok
  • Tutup Frogstore



Langkah 4
  • Klik Quick Launch > Sites > My Library
  • Laman yang dimuat turun sudah disimpan dalam Library 
  • Klik dua kali pada laman yang telah dimuat turun



Langkah 5
  • Satu pop-up window akan dipaparkan untuk membuat salinan laman tersebut dalam My Sites
  • Klik Copy



Langkah 6
  • Laman tersebut sudah sedia ada dalam My Sites dan boleh digunakan dalam PdP guru-guru.



Guru-guru boleh menggunakan terus laman tersebut sebagai bahan bantu mengajar dan boleh berkongsi bahan tersebut dengan murid-murid. Sekiranya ingin membuat penambahan bahan atau latihan, guru-guru boleh mengedit laman tersebut.