Wednesday, June 18, 2014

BAHAN SEJARAH TINGKATAN 5 DALAM FROGSTORE

Guru-guru Cemerlang Sejarah Zon Tengah telah menghadiri kursus pembinaan laman Sejarah bagi semua topik Tingkatan 5 menggunakan VLE Frog. Laman-laman tersebut telah dimuatnaik ke Moe Repository dan telah sedia ada dalam Frogstore. Oleh yang demikian, guru-guru Sejarah boleh muat turun laman-laman tersebut dari Frogstore sebagai bahan PdP. Guru-guru boleh menggunakan terus laman-laman tersebut dan juga boleh mengedit laman itu sekiranya perlu. 

Bagaimana Muat Turun Laman Pembelajaran Melalui Frogstore

Langkah 1
  • Log In akaun VLE anda
  • Klik Quick Launch
  • Klik Frogstore
  • Klik tab Sites




Langkah 2
  • Taipkan perkataan Sejarah pada ruangan Search 
  • Tekan Enter
  • Laman-laman berkaitan topik Sejarah dipaparkan.
  • Pilih mana-mana laman yang dikehendaki.
  • Klik Add



Langkah 3
  • Satu pop up window akan dipaparkan yang memaklumkan bahawa laman tersebut akan dimasukkan dalam My Library
  • Klik Ok
  • Tutup Frogstore



Langkah 4
  • Klik Quick Launch > Sites > My Library
  • Laman yang dimuat turun sudah disimpan dalam Library 
  • Klik dua kali pada laman yang telah dimuat turun



Langkah 5
  • Satu pop-up window akan dipaparkan untuk membuat salinan laman tersebut dalam My Sites
  • Klik Copy



Langkah 6
  • Laman tersebut sudah sedia ada dalam My Sites dan boleh digunakan dalam PdP guru-guru.



Guru-guru boleh menggunakan terus laman tersebut sebagai bahan bantu mengajar dan boleh berkongsi bahan tersebut dengan murid-murid. Sekiranya ingin membuat penambahan bahan atau latihan, guru-guru boleh mengedit laman tersebut.





No comments:

Post a Comment