Unit ICT telah membina satu laman khas untuk merekod segala pencapaian dan penyertaan setiap unit kokurikulum di SMK BBST. Tujuan laman ini diadakan adalah untuk memudahkan semua guru penasihat untuk mengumpul segala maklumat berkaitan dengan penyertaan dan pencapaian unit yang dipertanggungjawabkan. Segala rekod ini kemudiannya akan dikongsikan kepada Setiausaha Kokurikulum untuk memudahkan pendokumentasian. Sehubungan dengan itu, semua guru penasihat setiap unit perlu mengisi borang tersebut setiap kali setelah selesai sesuatu kejohanan atau pertandingan. Semua maklumat akan dijana secara automatik dalam fail lembaran kerja (Google Spreadsheet).
Bagaimana untuk mengisi maklumat ?
- Log in VLE
- School Dashboard
- Portal
- Portal Guru
- e-Bilik Guru
- Pautan
- Rekod Pencapaian Unit Kokurikulum
- Pilih unit yang berkaitan