Apa itu Google + (Google Plus)
Google + merupakan satu rangkaian sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh Google. Ia sama seperti rangkaian sosial lain seperti Facebook tetapi mempunyai beberapa fitur yang sangat menarik. Dengan akaun Gmail persendirian atau akaun 1Bestarinet, anda boleh menyertai Google + ini.
Apa yang menarik dengan Google + ?
Antara fitur-fitur yang menarik dalam Google + seperti:
- Google Profile - Ia berkaitan dengan maklumat pemilik akaun. Sama seperti rangkaian sosial yang lain, Google + juga membolehkan pemilik akaun membuat sebarang post, komen, dan memuat naik naik gambar atau video.
- People/Circles- Ia merupakan maklumat berkaitan dengan individu yang sama-sama menyertai Google +. Fungsinya sama seperti Friend List yang ada dalam rangkaian sosial lain. Kita juga boleh mencipta Circle (Kumpulan) dan menambah individu yang berkaitan dalam Circle tersebut. Ia menjadikan komunikasi lebih mudah.
- Photos - Koleksi gambar atau pun album yang dimuatnaik dalam Google +
- Communities- Merupakan satu kumpulan perbincangan yang membolehkan pengguna Google + untuk berkomunikasi dalam kumpulan. Pemilik akaun boleh mencipta Communities tersendiri dan menambah pengguna dalam Communities yang telah dicipta. Fitur ini boleh ditetapkan sama ada untuk paparan umum atau peribadi. Satu notifikasi melalai emel akan diterima oleh individu yang tersenarai dalam invitation.
- Events- Boleh menguruskan acara yang dikehendaki dengan lebih mudah.
- Hangouts- Satu fitur yang sangat menarik di mana pengguna Google + boleh berkomunikasi melalui video sehingga 10 orang. Pelbagai aplikasi boleh dikongsikan dalam Hangout seperti dokumen, scratchpad, Youtube, Picture, Printscreen secara terus semasa sesi Hangout diadakan.
Aplikasi Hangout ini juga telah tersedia dalam platform Android, iPhone dan iPad.Dengan adanya aplikasi yang menarik seperti ini, tidak mustahil sekiranya pembelajaran menjadi lebih muah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.