Friday, September 19, 2014

PEMBUDAYAAN VLE DI SEKOLAH : PERTANDINGAN PORTAL KELAS TERBAIK

Bagaimana untuk membudayakan VLE secara berterusan di sekolah ? Sebagai admin, seharusnya kita mempunyai idea-idea bernas untuk terus membudayakan VLE di sekolah. Jika kemudahan ini sudah ada diberikan secara percuma, alangkah ruginya kita sebagai guru dan anak-anak didik kita tidak menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi.

SMK BBST meneruskan langkah dalam pembudayaan VLE di sekolah dengan mengadakan Pertandingan Portal Kelas Kemerdekaan Terbaik bagi tahun 2014. Setiap kelas perlu menghantar 3 wakil untuk mengemaskini portal kelas masing-masing. 

BINA TEMPLATE KOSONG 

Sebagai admin, sediakan template site kosong untuk setiap tingkatan di sekolah anda. Kemudian buat satu lagi site untuk meletakkan semua site kelas dalam site yang dinamakan PORTAL KELAS. Kemudian pilih 3 wakil dari setiap kelas yang ditugaskan untuk mengedit kelas-kelas mereka. Wakil-wakil kelas tersebut mesti diberi kebenaran "Edit and Manage" untuk mengemaskini portal kelas mereka. Kemudian kongsikan setiap site kelas sebagai Public > Can Contribute supaya pengguna VLE boleh membuat undian.

UNDIAN MENGGUNAKAN APLIKASI POLL

Kemudian, admin perlu membina satu sistem undian menggunakan aplikasi POLL yang sudah ada dalam VLE Frog. Kemudian masukkan POLL yang telah dibina ke dalam site kelas-kelas tersebut.



RANKING MENERUSI APLIKASI POLL

Apabila pengguna membuat undian, senarai peratusan jumlah undi akan dipaparkan. Ranking bagi kelas yang mendahului juga akan dipaparkan. 


IMPORT DATA MENGGUNAKAN DATA VIEWER

Admin kemudiannya boleh mengimport data POLL menerusi Data Viewer yang terdapat dalam site kelas tersebut. Rekod dalam Data Viewer ini boleh dicetak untuk simpanan.





Friday, September 12, 2014

MAKLUMAN PENGHANTARAN SENIOR PAGE DALAM VLE FROG SMK BBST

Kepada wakil-wakil Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas yang terlibat dalam penghasilan SENIOR PAGE untuk diterbitkan dalam majalah GEMILANG 2014, sila patuhi peraturan dan panduan yang telah ditetapkan melalui PORTAL GEMILANG dalam VLE FROG SMK BBST.

Sila isikan maklumat berkaitan dengan perincian SENIOR PAGE kelas anda melalui borang yang telah disediakan. 

Tarikh tutup penghantaran SENIOR PAGE pada 18 OKTOBER 2014.

  • Log In VLE anda.
  • Klik School Dashboard
  • Klik PORTAL



  • Klik PORTAL GEMILANG



  • Klik Info
  • Baca makluman dan syarat penghantaran Senior Page
  • Isi BORANG MAKLUMAT SENIOR PAGE







PERTANDINGAN PORTAL KELAS KEMERDEKAAN TERBAIK

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Jawatankuasa 1BestariNet VLE Frog SMK BBST telah menganjurkan pertandingan PORTAL KELAS KEMERDEKAAN TERBAIK bagi semua kelas di SMK BBST dalam  platform VLE Frog SMK BBST.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menyemai rasa cinta kepada negara Malaysia sempena Kemerdekaan Malaysia ke -57. Setiap wakil kelas dikehendaki untuk merekabentuk tapak portal kelas yang telah dikongsikan sesuai dengan tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu "Malaysia: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan:



Bagaimana untuk kemaskini portal kelas anda:

Bagi wakil-wakil kelas yang telah dipilih untuk mengedit dan merekabentuk portal kelas masing-masing, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Log In VLE anda
  • Klik ke School Dashboard
  • Klik PORTAL
  • Klik PORTAL KELAS
  • Pilih kelas anda
  • Edit portal kelas anda


Tarikh tutup pertandingan adalah pada 16 SEPTEMBER 2014. Selepas tarikh tutup, satu undian secara POLL akan dibuat dalam portal kelas mengikut tingkatan. Semua pengguna VLE SMK BBST akan membuat undian portal kelas terbaik menggunakan aplikasi POLL tersebut. 50% markah adalah berdasarkan kepada undian manakala 50 % lagi berdasarkan markah yang diberikan oleh juri yang telah dilantik.

Portal Kelas Kemerdekaan Terbaik akan menerima Sijil, Plug dan Hamper.

Serlahkan kreativiti anda.



PENTADBIRAN TERKINI SMK BBST