Thursday, October 16, 2014

BAGAIMANA MUAT NAIK BAHAN DALAM FROG DRIVE (LESSON RESOURCES)

Platform 1Bestarinet VLE Frog telah menyediakan ruang penyimpanan secara cloud based di mana dokumen yang telah disimpan akan boleh diakses secara atas talian.

Antara ruang penyimpanan dalam Document yang disediakan dalam Frog VLE adalah seperti berikut:

  • My Document - Dokumen hanya dimuat naik hanya untuk paparan pemilik akaun sahaja
  • My Library
  • Lesson Resources - Dokumen yang dimuat naik hanya untuk paparan guru dan staf sahaja
  • School Documents - Dokumen yang dimuat naik hanya untuk paparan semua pengguna (Guru, Pelajar, Staf dan Ibu bapa)

Bagaimana untuk menyimpan atau memuat naik bahan anda dalam ruang simpanan Lesson Resources di Frog Drive (Resource Manager)? Ikuti langkah-langkah yang berikut:

LANGKAH 1

  • Log in VLE 
  • Klik pada ikon Frog Drive (dulu dikenali sebagai Resource Manager)



LANGKAH 2
  • Paparan bagi FrogDrive akan dipaparkan.
  • Klik pada bahagian Documents
  • Pilih Lesson Resources



LANGKAH 3
  • Anda boleh memuat naik dokumen secara terus atau memilih mana-mana folder yang telah disediakan oleh pihak admin.
  • Sebagai contoh untuk memuatnaik bahan berkaitan dengan kokurikulum, klik pada folder KOKURIKULUM
  • Klik pada folder SUKAN
  • Klik pada sebarang folder sukan yang disenaraikan. Sebagai contoh klik pada folder TENIS





LANGKAH 4
  • Klik pada butang Add
  • Klik File untuk muat naik dokumen



LANGKAH 5
  • Kotak File Uploader akan dipaparkan.
  • Klik Choose File
  • Pilih dokumen yang ingin dimuat naik
  • Pastikan muat naik dokumen menjadi warna hijau (ini bermaksud format dokumen diterima)
  • Klik Done
  • Dokumen anda telah sedia ada dalam folder tersebut.







Friday, September 19, 2014

PEMBUDAYAAN VLE DI SEKOLAH : PERTANDINGAN PORTAL KELAS TERBAIK

Bagaimana untuk membudayakan VLE secara berterusan di sekolah ? Sebagai admin, seharusnya kita mempunyai idea-idea bernas untuk terus membudayakan VLE di sekolah. Jika kemudahan ini sudah ada diberikan secara percuma, alangkah ruginya kita sebagai guru dan anak-anak didik kita tidak menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi.

SMK BBST meneruskan langkah dalam pembudayaan VLE di sekolah dengan mengadakan Pertandingan Portal Kelas Kemerdekaan Terbaik bagi tahun 2014. Setiap kelas perlu menghantar 3 wakil untuk mengemaskini portal kelas masing-masing. 

BINA TEMPLATE KOSONG 

Sebagai admin, sediakan template site kosong untuk setiap tingkatan di sekolah anda. Kemudian buat satu lagi site untuk meletakkan semua site kelas dalam site yang dinamakan PORTAL KELAS. Kemudian pilih 3 wakil dari setiap kelas yang ditugaskan untuk mengedit kelas-kelas mereka. Wakil-wakil kelas tersebut mesti diberi kebenaran "Edit and Manage" untuk mengemaskini portal kelas mereka. Kemudian kongsikan setiap site kelas sebagai Public > Can Contribute supaya pengguna VLE boleh membuat undian.

UNDIAN MENGGUNAKAN APLIKASI POLL

Kemudian, admin perlu membina satu sistem undian menggunakan aplikasi POLL yang sudah ada dalam VLE Frog. Kemudian masukkan POLL yang telah dibina ke dalam site kelas-kelas tersebut.



RANKING MENERUSI APLIKASI POLL

Apabila pengguna membuat undian, senarai peratusan jumlah undi akan dipaparkan. Ranking bagi kelas yang mendahului juga akan dipaparkan. 


IMPORT DATA MENGGUNAKAN DATA VIEWER

Admin kemudiannya boleh mengimport data POLL menerusi Data Viewer yang terdapat dalam site kelas tersebut. Rekod dalam Data Viewer ini boleh dicetak untuk simpanan.





Friday, September 12, 2014

MAKLUMAN PENGHANTARAN SENIOR PAGE DALAM VLE FROG SMK BBST

Kepada wakil-wakil Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas yang terlibat dalam penghasilan SENIOR PAGE untuk diterbitkan dalam majalah GEMILANG 2014, sila patuhi peraturan dan panduan yang telah ditetapkan melalui PORTAL GEMILANG dalam VLE FROG SMK BBST.

Sila isikan maklumat berkaitan dengan perincian SENIOR PAGE kelas anda melalui borang yang telah disediakan. 

Tarikh tutup penghantaran SENIOR PAGE pada 18 OKTOBER 2014.

  • Log In VLE anda.
  • Klik School Dashboard
  • Klik PORTAL



  • Klik PORTAL GEMILANG



  • Klik Info
  • Baca makluman dan syarat penghantaran Senior Page
  • Isi BORANG MAKLUMAT SENIOR PAGE







PERTANDINGAN PORTAL KELAS KEMERDEKAAN TERBAIK

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Jawatankuasa 1BestariNet VLE Frog SMK BBST telah menganjurkan pertandingan PORTAL KELAS KEMERDEKAAN TERBAIK bagi semua kelas di SMK BBST dalam  platform VLE Frog SMK BBST.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menyemai rasa cinta kepada negara Malaysia sempena Kemerdekaan Malaysia ke -57. Setiap wakil kelas dikehendaki untuk merekabentuk tapak portal kelas yang telah dikongsikan sesuai dengan tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu "Malaysia: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan:



Bagaimana untuk kemaskini portal kelas anda:

Bagi wakil-wakil kelas yang telah dipilih untuk mengedit dan merekabentuk portal kelas masing-masing, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Log In VLE anda
  • Klik ke School Dashboard
  • Klik PORTAL
  • Klik PORTAL KELAS
  • Pilih kelas anda
  • Edit portal kelas anda


Tarikh tutup pertandingan adalah pada 16 SEPTEMBER 2014. Selepas tarikh tutup, satu undian secara POLL akan dibuat dalam portal kelas mengikut tingkatan. Semua pengguna VLE SMK BBST akan membuat undian portal kelas terbaik menggunakan aplikasi POLL tersebut. 50% markah adalah berdasarkan kepada undian manakala 50 % lagi berdasarkan markah yang diberikan oleh juri yang telah dilantik.

Portal Kelas Kemerdekaan Terbaik akan menerima Sijil, Plug dan Hamper.

Serlahkan kreativiti anda.



PENTADBIRAN TERKINI SMK BBST




Tuesday, July 8, 2014

BAGAIMANA MENCIPTA KUMPULAN EMEL (EMAIL GROUP)

Setiap akaun 1Bestarinet Yes ID telah disertakan sekali dengan emel. Emel tersebut akan auto log in jika pengguna log masuk ke akaun VLE Frog. Apakah yang anda boleh lakukan dengan emel tersebut?

Anda boleh mencipta kumpulan emel atau email group untuk memberi kemudahan kepada anda supaya dapat menghantar emel dengan cepat tanpa menaip setiap satu alamat emel seseorang.

Bagaimana mencipta kumpulan emel ? Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Langkah 1
  • Log in akaun VLE anda
  • Klik Quick Launch
  • Klik Email
Langkah 2
  • Klik Mail
  • Klik Contacts

Langkah 3
  • Klik New Group


Langkah 4
  • Taipkan nama kumpulan yang ingin dicipta pada bahagian "Please enter a new group name"


Langkah 5
  • Kumpulan yang telah dicipta akan dipaparkan pada bahagian kiri emel pada senarai My Contacts.
  • Klik pada kumpulan emel tersebut


Langkah 6
  • Klik simbol Add to "My Contacts" 
  • Kemudian taipkan emel yang dikehendaki
  • Tekan Add
  • Ulang langkah yang sama jika ingin menambah emel
  • Anda juga boleh Copy senarai emel yang dikehendaki dan Paste pada ruangan tersebut.



Langkah 7

  •  Senarai emel yang telah ditambah akan dipaparkan seperti di bawah.

Langkah 8
  • Jika anda ingin menghantar emel (Compose) kepada kumpulan tersebut, anda hanya perlu menaip nama kumpulan emel yang telah dicipta sahaja. 





Sunday, June 29, 2014

BAHAN PENTAKSIRAN PT3 MELALUI PLATFORM VLE

Semua guru, pelajar dan ibu bapa Tingkatan 3 SMK BBST boleh mendapatkan maklumat terperinci berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 yang telah dimuatnaik dalam Portal Peperiksaan melalui platform VLE SMK BBST. 

Langkah untuk mendapatkan maklumat/bahan PT3:

1. Log in VLE anda
2. Klik School Dashboard
3. Klik Portal
4. Klik Portal Peperiksaan
5. Klik PT3


Kepada ibu bapa yang masih lagi tidak memperolehi 1Bestarinet Yes ID anda untuk melayari Frog VLE SMK BBST, anda boleh klik URL di bawah ini untuk mengetahui langkah-langkah mendapatkan ID bagi ibu bapa.


PENGGUNA AKTIF VLE SMK BBST- JUN 2014

PENGGUNA AKTIF VLE FROG 
SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI
 JUN 2014

KATEGORI GURU


KATEGORI MURID

Tahniah kepada guru dan murid yang berjaya menggunakan dan membudayakan VLE dalam PdP. 

Wednesday, June 18, 2014

BAHAN SEJARAH TINGKATAN 5 DALAM FROGSTORE

Guru-guru Cemerlang Sejarah Zon Tengah telah menghadiri kursus pembinaan laman Sejarah bagi semua topik Tingkatan 5 menggunakan VLE Frog. Laman-laman tersebut telah dimuatnaik ke Moe Repository dan telah sedia ada dalam Frogstore. Oleh yang demikian, guru-guru Sejarah boleh muat turun laman-laman tersebut dari Frogstore sebagai bahan PdP. Guru-guru boleh menggunakan terus laman-laman tersebut dan juga boleh mengedit laman itu sekiranya perlu. 

Bagaimana Muat Turun Laman Pembelajaran Melalui Frogstore

Langkah 1
  • Log In akaun VLE anda
  • Klik Quick Launch
  • Klik Frogstore
  • Klik tab Sites




Langkah 2
  • Taipkan perkataan Sejarah pada ruangan Search 
  • Tekan Enter
  • Laman-laman berkaitan topik Sejarah dipaparkan.
  • Pilih mana-mana laman yang dikehendaki.
  • Klik Add



Langkah 3
  • Satu pop up window akan dipaparkan yang memaklumkan bahawa laman tersebut akan dimasukkan dalam My Library
  • Klik Ok
  • Tutup Frogstore



Langkah 4
  • Klik Quick Launch > Sites > My Library
  • Laman yang dimuat turun sudah disimpan dalam Library 
  • Klik dua kali pada laman yang telah dimuat turun



Langkah 5
  • Satu pop-up window akan dipaparkan untuk membuat salinan laman tersebut dalam My Sites
  • Klik Copy



Langkah 6
  • Laman tersebut sudah sedia ada dalam My Sites dan boleh digunakan dalam PdP guru-guru.



Guru-guru boleh menggunakan terus laman tersebut sebagai bahan bantu mengajar dan boleh berkongsi bahan tersebut dengan murid-murid. Sekiranya ingin membuat penambahan bahan atau latihan, guru-guru boleh mengedit laman tersebut.





Wednesday, May 21, 2014

APA ITU GOOGLE +

Apa itu Google + (Google Plus)

Google + merupakan satu rangkaian sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh Google. Ia sama seperti rangkaian sosial lain seperti Facebook tetapi mempunyai beberapa fitur yang sangat menarik. Dengan akaun Gmail persendirian atau akaun 1Bestarinet, anda boleh menyertai Google + ini.

Apa yang menarik dengan Google + ?

 

Antara fitur-fitur yang menarik dalam Google + seperti:
  • Google Profile - Ia berkaitan dengan maklumat pemilik akaun. Sama seperti rangkaian sosial yang lain, Google + juga membolehkan pemilik akaun membuat sebarang post, komen, dan memuat naik naik gambar atau video.


  • People/Circles- Ia merupakan maklumat berkaitan dengan individu yang sama-sama menyertai Google +. Fungsinya sama seperti Friend List yang ada dalam rangkaian sosial lain. Kita juga boleh mencipta Circle (Kumpulan) dan menambah individu yang berkaitan dalam Circle tersebut. Ia menjadikan komunikasi lebih mudah. 





  • Photos - Koleksi gambar atau pun album yang dimuatnaik dalam Google +


  • Communities- Merupakan satu kumpulan perbincangan yang membolehkan pengguna Google + untuk berkomunikasi dalam kumpulan. Pemilik akaun boleh mencipta Communities tersendiri dan menambah pengguna dalam Communities yang telah dicipta. Fitur ini boleh ditetapkan sama ada untuk paparan umum atau peribadi. Satu notifikasi melalai emel akan diterima oleh individu yang tersenarai dalam invitation.

  • Events- Boleh menguruskan acara yang dikehendaki dengan lebih mudah. 

  • Hangouts- Satu fitur yang sangat menarik di mana pengguna Google + boleh berkomunikasi melalui video sehingga 10 orang. Pelbagai aplikasi boleh dikongsikan dalam Hangout seperti dokumen, scratchpad, Youtube, Picture, Printscreen secara terus semasa sesi Hangout diadakan.  


Aplikasi Hangout ini juga telah tersedia dalam platform Android, iPhone dan iPad.Dengan adanya aplikasi yang menarik seperti ini, tidak mustahil sekiranya pembelajaran menjadi lebih muah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.



Sunday, May 18, 2014

CARA-CARA MENDAPATKAN ID DAN MENGAKTIFKAN AKAUN 1BESTARINET IBU BAPA

Berikut merupakan langkah-langkah terkini bagaimana ibu bapa boleh mendapatkan 1BestariNet ID, Kata Laluan dan seterusnya mengaktifkan akaun 1BestariNet anda:

Langkah 1

  • Taipkan URL www.yes.my
  • Klik 1BestariNet
  • Klik Retrieve my ID

Langkah 2
  • Skrin 1BestariNet ID Retrieval akan dipaparkan
  • Klik Parent


Langkah 3
  • Isikan nama (seperti dalam Kad Pengenalan)
  • Isikan No Kad Pengenalan
  • Klik Search


Langkah 4
  • Jika berjaya anda akan diberikan 1BestariNet ID 
  • Klik Continue


Langkah 5
  • Sila semak maklumat yang dipaparkan.
  • Klik Send Password untuk membolehkan maklumat kata laluan dihantar sama ada melalui telefom bimbit atau email


 
Langkah 6
  • Sekiranya maklumat tersebut adalah benar satu notofikasi "Password has been sent via SMS and email to: " akan dipaparkan
  • Klik Continue


Langkah 7
  • Sila masukkan kata laluan yang telah diterima melalui telefon bimbit atau email
  • Klik Continue


Langkah 8
  • Paparan berkaitan dengan maklumat kata laluan akan dipaparkan.
  • Anda tidak perlu menukar kata laluan. Klik No.
  • Klik Continue


Langkah 9

  • Data pemilik akaun akan diberikan secara lengkap.
  • Sila pastikan semua ruangan diisikan dengan betul
  • Klik "I verify that i have read and agreed to the Terms & Condition"
  • Klik Continue

Langkah 10
  • Akaun anda berjaya diaktifkan sekiranya anda mendapat paparan di bawah ini.
  • Klik hop in 


Langkah 11

  • Isikan semula 1BestariNet ID (juga dipanggil Yes ID) dan Password
  • Klik Log In

Langkah 12

  • Pada bahagian Main Services dipaparkan dengan segala kemudahan yang berkaitan dengan akaun 1Bestarinet anda.
  • Klik Frog VLE

Langkah 13
  • Anda akan dipaparkan dengan senarai nama dan sekolah anak anda yang mempunyai akaun VLE.
  • Sekiranya nama anak anda betul, klik Verify


Langkah 14
  • Pada ruangan Child's Name, pilih NRIC No/Passport No
  • Isikan nombor kad pengenalan anak anda
  • Klik Submit


Langkah 15

  •  Sekiranya berjaya, paparan berikut akan ditunjukkan
  • Lakukan langkah yang sama untuk anak-anak yang lain.

Langkah 16
  • Klik Logout 


Langkah 17
  • Klik semua www.yes.my
  • Klik 1BestariNet
  • Klik Hop In


Langkah 18
  • Anda boleh mengakses semua laman VLE sekolah anak-anak anda dalam satu masa.
  • Pilih mana-mana nama anak anda 
  • Klik Access School VLE


Langkah 19

  •  Bagi ibu bapa yang belum pernah membuka laman VLE perlu klik pada policy dibawah.
  • Kemudian Klik Accept

Langkah 20
  • Anda akan di bawa terus ke Portal Ibu Bapa sekolah anak anda.



Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada vleadmin.bea9604@yes.my